Kenangan yang Tak Dapat diLupakan




















Thanxs, Firnena. I dpt kecantikan I semula. Syukur.
![]()
- Watie
Penawar Menghapus serta Menghakis Sarang Resdung (yang menjadi punca Jerawat Degil)
Lab Firnena
Setelah bertukus-lumus, ingin memberikan pelanggan yang terbaik, supaya dapat selesaikan terus masalah resdung pengakibat jerawat, akhirnya Firnena dalam 'lab'nya telah
berjaya menghasilkan suatu 'formula' yang berupa cecair yang begitu kuat kesannya.
Saya pasti, inilah detik yang ditunggu-tunggu oleh seluruh penderita resdung dan jerawat kronik kerana dengan menggunakan cecair ini, sarang resdung yang
selama ini bertempat kukuh dan kuat terutama di bahagian sekitaran tekak, akan mengecut bagaikan siput babi yang terkena garam. Untuk pengetahuan; sarang resdung
sebenarnya berupa lendir yang melekat kuat (dan liat) di bahagian bawah lapisan kulit. Tunggak utamanya adalah di kerongkong. Di setiap kali bersin, pesakit akan
merasa 'tajam'. Pula; sarang ini menyalurkan kuman-kuman ke saluran-salurannya yang berupa lendir-lendir panjang yang bersambung-paung ke wajah (mata, telinga, hidung, dahi dan mulut).
Formula yang dihasilkan menggabungkan bahan yang ternyata selamat tetapi amat, amat berkesan serta kuat bagi mencairkan sarang resdung yang melekat kuat di sekitaran dalaman badan. Di sini adalah serba-sedikit info 'Mengapa anda perlu mendengar' usul Firnena:
Teknik Firnena akan mengikis lendir-lendir resdung dan akan membuat kahak terkeluar dengan banyak selepas 2-3 hari. Kahak-kahak kuning dan lendir pekat ini adalah kuman yang sukar dibuang dan penyebab utama segala macam penyakit. Banyak kuman-kuman melekat di lendir-lendir ni dan kemudian mem'block' saluran udara dalaman sekitaran wajah. Sumpama saluran air yang membawa pelbagai jenis sampah. Kalau laluannya terhalang, ia akan tersepah ke tepi, ke seberang dan kemudian banjir.
Begitulah sedikit sebanyak mengenai gambaran apa yang sebenarnya berlaku dalam proses kitaran dalaman badan setiap manusia. Kita kena pastikan saluran-saluran saraf tu tidak dihalang dan laluan kepada proses penghadaman berjalan dengan baik. Teknik firnena akan mencairkan kahak-kahak tu dan akan mematikan kuman tu luar dan dalam. Bila laluan saraf-saraf dah ok, lancar, maka kawasan-kawasan jerawat yang padat tu akan beransur-ansur kosong, diisi udara semula dan kemudian dapat peluang untuk 'bernafas'. Memperbaiki struktur kulit semula. Ramai pihak yang tak tahu proses sebenar bagaimana jerawat berlaku. Yang mereka tahu; asyik hentam dan hentam dengan pelbagai jenis produk, skin-care, ubat tetapi hasilnya; jerawat mati kejap saja. Sebab kawasan terkumpul bakteria tak dicuci. Bila dah dicuci, segala macam kegatalan akan pulih.
Teknik Firnena tidak pernah ada belas kasihan pada apa jua jenis jerawat yang ada. Pasir-pasir, halus, berbiji macam batu kecil, bernanah, merah-merah, semuanya akan terhapus kalau sarang utama yang ada di dalam badan tu dihapuskan. Itulah cara yang sebenar-benarnya.
Firnena menghargai setiap klien sebaik mungkin dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi mempercayai Firnena. Kami di Firnena sentiasa ke arah memperbaiki mutu perkhidmatan ke tahap yang lebih baik.![]()
Komen Terkini: "Saya telah membeli eBook ini dan saya merasa berpuas hati dengan hasil yang diberikan. Saya baru sahaja menggunakan teknik firnena ini hampir 2 minggu, dan wajah saya tampak lebih cerah dan kemerahan akibat jerawat pun makin berkurang. Sebelum ini, jika terkena sahaja teriknya matahari, wajah pasti nampak kemerahan akibat daripada jerawat yang timbul di muka...tetapi selepas melakukan teknik firnena ini, wajah tak berapa merah sangat dan jerawat di muka pun semakin berkurangan. Diharapkankan teknik ini berterusan. Thanks Firnena..." -Suzy
Firnena's Librari
Sudut ini adalah untuk memberi para klien pengetahuan tentang gejala jerawat dan resdung. Fakta (yang berguna atau penting sahaja) akan ditambah dari masa ke semasa.
- Fakta # 1: Rawatan bekam hanya akan menyedut darah kotor keluar. Tidak akan menggugat lendir resdung yang terpahat di bawah permukaan kulit (daging). Saya akui; memang sebaik saja selepas bekam, anda akan rasa sihat, lega dan resdung berkurangan. Memang rawatan ni amat bagus (seelok-eloknya 1 bulan sekali sahaja, jangan lebih). Tetapi anda masih perlukan sesuatu yang dapat 'kacau' sarang resdung yang kuat tu supaya terhakis dan tanggal. Untuk tahu lebih lanjut atau tengok sendiri macam mana 'rupa rawatan bekam', rujuk video ni: Klik Sini.




Fakta # 2: Radang kulit atau nama ringkas saintifiknya 'Ekzema', adalah sejenis simptom di mana darah mengalami gangguan 'ketidak-stabilan'. Genetik darah memainkan peranan besar dalam soal ni (darah keturunan). Radang kulit 'ter'aktif sekiranya pesakit mengambil makanan yang boleh 'mengejut'kan darah yang sedang menanti di'kejut'kan. Darah menjadi panas dan mengamuk lalu mengacau sistem aliran badan. Jerawat yang diakibatkan oleh simptom ini selalunya kemerah-merahan dan besar. Risiko ke atas mereka yang tidak terlibat dengan masalah keturunan adalah sangat kurang. Seperti yang saya katakan; penyakit ini memang sudah sedia ada dalam badan. Hanya menunggu masa untuk timbul apabila pesakit berulang kali melakukan pengabaian pemakanan. Berhati-hatilah dengan cara pengubatannya juga sebab; kalau tersilap, akan membuatkan darah bertambah meradang sehingga memukul-mukul dinding kulit untuk menampakkan diri sebagai ekzema. Jangan risau - ebook Firnena ada caranya menangani masalah ini.
- Fakta # 3: Penyakit mata - dikategorikan dalam salah satu penyakit yang amat sukar diubati sebab ia adalah komponen milik tubuh paling halus. Sebarang kesilapan boleh mengakibatkan kecederaan atau infeksi (jangkitan) yang melarat. Melalui tunjuk ajar Firnena, anda akan dapati mengubati penyakit ni amat senang. Sap sap soy! Sebab; cecair ramuan yang bakal Firnena berikan akan meresap jauh ke dalam akar-akar mata dan kemudian membunuh kuman-kuman yang bersarang di situ. Tak payah nak kacau bahagian depan atau luaran mata yang rapuh (fragile) tu. Jadi, risiko kerosakan mata dapat dielakkan. Memang mata akan berair dan pula; teramat, amatlah pedihnya tetapi itu tanda kesan yang sangat efektif! Kuman-kuman akan mati dan lepas tu, tak pedih dah... Tanda mata yang sihat adalah ia tidak mudah berair, lembik, gatal dan merah bila dipegang / sapu. Lepas guna Teknik Firnena, mata jadi tebal semula. Pegang dan tenyeh takkan mudah merah, gatal, berair atau sakit. Sebab serangan terhadap punca utama berjaya dibanteras!
- Buat apa nak bersusah-payah kalau jalan senang ada? Buat apa?... So, dapatkan Teknik Firnena sekarang! Eh, Indonesia ke kamu ini? Kalau ya, dapatkan ia di - Sini.
-
Fakta # 4:
Jerawat Batu - bukan disebabkan ekzema. Punca jerawat batu tercipta adalah kerana banyak kotoran sedang berlapik di bawah permukaan kulit, di mana tunjangnya jauh bersambung kepada sarang resdung yang bertempat di sekitaran tengkuk. Kawasan ini berupaya menyimpan banyak stok kuman sebab ia adalah tempat utama perjalanan di antara dua hala iaitu - tempat makanan tiba di mulut, di kunyah kemudian baru dapat lalui tekak / kerongkong (setelah dah hancur), lepas tu baru boleh lalui bahagian dada (hati, jantung) sebelum jatuh jauh ke dalam di perut - usus tempat pem'proses'san. Jerawat batu selalu datang dalam keadaan bernanah. Ia adalah jerawat paling berkait rapat dengan gejala resdung. Dua punca dikenal pasti akan mem'bangkit'kan jerawat batu -
i. membuat teknik rebonding tanpa menggunakan bantuan pakar atau saloon. Bahan rebonding itu adalah penyebabnya.
ii.mengambil produk pill kesihatan atau ubatan dengan banyak - sebab fikir lagi banyak pill kesihatan diambil, lagi nampak sihat le jadinya. Jangan! Pill ubat pula, 90% darinya mempunyai kandungan bahan yang boleh me'rancak'kan resdung (darah).
Infeksi dari dua perkara ini hanya berlaku kepada mereka yang mempunyai darah sensitif, iaitu; darah yang sudah dijangkiti kuman resdung. Lebihan info sila rujuk dokumen: Klik Sini -
Fakta # 5:
Resdung -
Ini yang sepatutnya anda ketahui tentang resdung:
i. gatal-gatal di muka (termasuk di banyak bahagian badan)
ii. hidung berhingus atau tersumbat
iii. sakit kepala terutama di dahi dan pipi
iv. kelumumur berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan.
Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat. Resdung merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. Simptom resdung seterusnya termasuk sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau busuk, mata gatal-gatal, penglihatan kabur, telinga gatal, seluruh muka gatal, jerawat biasa atau batu, muka berbintik hitam, kahak banyak di kerongkong, gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah.
Nota: petikan fakta # 5 ini diambil dari artikel dalam simpanan .gov.my dept. Kementerian Kesihatan. -
Fakta # 6:
Sakit Gigi - Perhatikan gusi anda. Sekiranya ia kehitam-hitaman, coklat atau berkarat, maka ia adalah petanda gusi yang sudah tercemar diselubungi kuman. Kuman-kuman ini seterusnya akan melarat ke bahagian lelangit. Sudah tentu - kuman-kuman ini adalah penyebab gatal dan kerosakan gigi. Akar gigi telah dihakis oleh kuman-kuman ini. Garam atau gosok gigi dengan bersungguh-sungguh bukan jalan penyelesaian. Teknik Firnena akan sedaya-upaya mengikis kuman-kuman ini. Kalau anda ikuti dengan betul; gusi yang rosak mampu bertukar semula menjadi seperti sedia-kala (merah cerah - sebagaimana gusi sihat). Sakit gigi yang betapa kronik sekalipun, akan hilang! Bahkan; gigi yang pecah atau berlubang sekalipun takkan sakit. Bukan 'kemungkinan' tetapi kenyataan berdasarkan pengalaman. Buat para pesakit gigi: inilah ubat sakit gigi yang bertindak secara 'original' membunuh bakteria dan kuman penyebab kerosakan mulut keseluruhannya.
Percayalah: anda perlukannya. Perokok dan Penghisap Dadah 99% menghidap gejala ini.
























